NADI X Cybersecurity-Webinar-Ancaman Siber Di Tempat Awam
22 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 21 Mei 2026, bermula pukul 3.00 petang, 2 orang peserta NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Cybersecurity iaitu Webinar Ancaman Siber di Tempat Awam.
Webinar ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang risiko keselamatan digital yang sering berlaku ketika menggunakan rangkaian atau peranti di lokasi awam. Program ini menekankan kepentingan melindungi maklumat peribadi, kewangan, dan identiti digital daripada ancaman seperti sambungan wifi tidak selamat, QR code palsu, serta serangan siber yang menyasarkan pengguna di ruang terbuka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: